Glasgow, UNITED KINGDOM
[LIVE] Kuliah SUMSA Muqaddimah Kitab pembersihan Jiwa - Said Hawa
Posted 480 days ago on AL-KULIYYAH
Joined:
April 18, 2009
Last signed in:
February 4, 2011
Sejarah Penubuhan MISG-ABIM UK & EIRE adalah sebuah pertubuhan pelajar-pelajar Islam bagi menyampaikan ajaran Islam sebagai satu cara hidup (ad-din) yang menyeluruh. Sebagai sebuah gerakan pelajar Islam, MISG-ABIM juga bertujuan memenuhi keperluan pembinaan sahsiah dan kebajikan pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom dan Eire melalui pendekatan moderate dan sederhana (wasathiyah). Pada asalnya, MISG atau Kumpulan Pengkajian Islam Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963 sebagai platform bagi pelajar-pelajar Islam yang berada di UK dan Eire untuk mengkaji dan mendalami Islam. Sementara ABIM atau Angkatan Belia Islam Malaysia yang diasaskan pada tahun 1971 sebagai sebuah gerakan belia Islam, berjuang untuk menyedarkan masyarakat tentang Islam sebagai suatu cara hidup. Sejak dari awal, MISG dan ABIM telah berhubung rapat dan sering serta membangkitkan kesedaran Islam dikalangan pelajar-pelajar di UK dan Eire. Akhirnya pada bulan Disember 1992, bersempena dengan Perhimpunan Musim Sejuk yang diadakan di Glasgow, MISG dan ABIM telah bergabung menjadi satu organisasi dan juga sebagai cawangan ABIM dibumi UK dan Eire ini. Sehingga kini, MISG-ABIM UK & Eire berfungsi sebagai sebuah pertubuhan pelajar berorientasikan gerakan Islam yang dinamik bagi pelajar-pelajar dari segenap peringkat pengajian seperti diperingkat pra-universiti, ijazah pertama dan ijazah lanjutan dengan harapan potensi dan tenaga mereka akan dapat dimaksimakan demi meningkatkan lagi prestasi kegiatan dakwah serta 'amal Islami. MISG-ABIM juga merupakan salah sebuah persatuan pelajar Malaysia didaftarkan dengan Jabatan Penuntut Malaysia (MSD). Diperingkat antarabangsa, MISG-ABIM mempunyai hubungan langsung dengan beberapa organisasi, antaranya ialah World Assembly of Muslim Youth (WAMY), International Islamic Federation of Students' Organisation (IIFSO) dan International Institute of Islamic Thought (IIIT). Objektif penubuhan MISG United Kingdom & Eire 1. Sebagai sebuah badan yang berpegang kepada platform yang melaksanakan pendekatan 'wasatiah' (kesederhanaan) MISG-ABIM memainkan peranan yang penting disamping berganding tenaga bersama gerakan-gerakan dakwah yang lain dalam arena menegak, mengembang dan memperjuangkan cita-cita Islamiyah sesuai dengan ajaran asasi Al Quran Al Karim dan Sunnah Rasulullah s.a.w 2. Menjalankan kegiatan dakwah Islamiyah secara progresif kepada seluruh lapisan masyarakat. 3. Menggembleng tenaga belia Islam seluruhnya untuk sama-sama bekerjasama memberi bantuan dan sokongan untuk meningkatkan taraf kehidupan di dalam semua lapangan termasuk sosial, ekonomi, pelajaran, kebudayaan, falsafah dan teknologi. 4. Bekerjasama dan mempereratkan perhubungan dengan mana-mana badan yang mempunyai tujuan yang sejajar dengan ABIM tanpa mengira kaum bagi mewujudkan rasa persahabatan dan harmoni diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. 5. Mewakili belia-belia Islam dipersidangan-persidangan di dalam dan luar negeri. 6. Menjalankan kegiatan-kegiatan lain yang tidak bercanggah dengan ajaran asasi Al-Quran dan As Sunnah.
Total views (all shows):
505
Total viewer hours (all shows):
5 days,
21 hours,
43 minutes
Total unique views:
85
kuliyyah tadib islami online
Selamat Datang ke Kuliyyah Ta'dib Islami Online. Kuliah Online ini akan diadakan secara… View More
Be the first to leave a comment for this user!